WCSC 2019 bakal diadakan pada September 2019

KUALA LUMPUR – Persidangan Antarabangsa Bandar Lestari Bertaraf Dunia 2019 (WCSC 2019) ke-11 akan dianjurkan pada 19 September ini di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Acara itu dianjurkan bersama Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kuala Lumpur, Pertubuhan Perancang Malaysia serta Pertubuhan Arkitek Malaysia.

Menurut REHDA Kuala Lumpur, WCSC 2019 bertema ‘NEXT: KL2040’ akan memperincikan bagaimana Kuala Lumpur dan bandar lain boleh bersedia bagi menghadapi cabaran ke arah menjadi bandar lestari dan sesuai didiami berkelas dunia.

“WCSC 2019 bertujuan menyediakan platform yang bersifat konstruktif, terangkum dan aspirasi serta sebagai arena rangkaian strategik untuk pengurus, perancang, arkitek, jurutera bandar selain pihak berkepentingan lain,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Click here to read full news : https://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/wcsc-2019-bakal-diadakan-pada-september-2019-1.928626